Tuesday, 10 May 2016

Pesanan Suami untuk Isteri dan Anak- anak

Wahai diri dan semua yang bergelar suami pesanlah setiap hari kepada isteri dan anak-anak..

Wahai isteri dan anakku Tiada Tuhan selain Allah..Seluruh kerajaan dunia dan segala makhluk tidak boleh beri kesenangan atau kesusahan selain Allah...Amerika, Russia, Yahudi semua tiada kuasa..Allah Maha Kuasa..Kita ada Allah, kita ada segalanya..Kita orang beriman tak pernah takut, terkesan selain Allah....Allah pemilik semuanya..kita hanya terkesan dengan Allah..
Semua orang boleh buat apa dia nak buat tapi sikit pun tak boleh beri kesan..Kami ada Allah....Kami ada Allah...

Di Karbala Kata Hussain ra, kamu nak takutkan aku dengan kematian, sedangkan dengan kematian inilah aku boleh berjumpa tuhanKu Allah...

Bila Allah bersama kita, kita ada segala-galanya..hilang kasih sayang Allah, hilanglah segalanya...Cukuplah Allah buat kita..hanya itu yang kita dambakan...

Wahai isteri dan anakku, hanya dengan kehidupan Nabi saw yang akan bawa kita berjaya dunia dan akhirat. Selain dari kehidupan Nabi saw walaupun nampak macam berjaya, sikitpun tidak boleh beri kejayaan. Hanya dengan Sunnah Nabi saw kita akan dapat pertolongan Allah..Hidup bukan berdasarkan pandangan atau pengalaman buat kita berjaya. Tapi hanya dengan mengikut Nabi saw dan sahabah...hanya dengan Sunnah..

Wahai isteri dan anakku, solat adalah tanda kita hamba Allah..Dengan jaga solat fardhu awal waktu dengan sempurna dan banyakkan solat tahajud, dhuha, solat sunat membuatkan kita sentiasa dipimpin oleh Allah..Kita dalam jagaan Allah..Allah akan letakkan kasih sayang dan satukan hati orang yang abdikan diri padanya..Perselisihan dan perpecahan dikalangan orang Islam sehingga bermusuh berpunca dari kurang rasa sifat hamba..yakni banyak sujud dengan kerendahan hati jiwa seorang hamba..

Wahai isteri dan anakku belajar ilmu agama. Ilmu ialah Nur..Hidupkan rumah kita dengan suasana madrasah.Belajar dan mengajar Islam..Mulakan dengan bacaan Hadis Nabi saw secara istiqamah setiap malam sampai kita mati..

Sentiasa ingat Allah. Orang yang ingat Allah umpama orang hidup.orang tak ingat Allah macam orang sudah mati..baca Al-Quran setiap hari kerana ia bukan perkataan atau buku biasa. Ia perkataan Allah....

Wahai isteri dan anakku, berakhlak dengan buat baik pada orang buat jahat pada kita. Kita tidak buat baik kerana orang tapi kerana Allah..

Wahai isteri dan anak-anakku jaga aurat kerana kamu begitu mulia dan kaulah permaisuri dalam syurga nanti.

Setiap amal kita niat kerana Allah..Orang ikhlas akan menjadi matahari hidayah buat umat. Hari ini kita bukan kekurangan tenaga, duit, masyhur, kepandaian. tapi kita kurang orang Ikhlas...Jika ada seorang seperti sahabah rhum pada dunia hari, pasti dunia ini berubah.

Wahai isteri dan anakku, Allah hantar kita untuk sambung kerja Nabi saw. Buat dakwah dengan cara Nabi saw dan korban seperti Nabi saw..Untuk itu letak seluruh dunia depan mata kita. Di mana tempat ditimpa musibah kita dakwah, usaha, doakan mereka.. MUSIBAH paling besar ialah manusia meninggalkan Islam dan mati tanpa Islam. Seluruh manusia seluruh alam tanggungjawab kita. Saya bertanggungjawab..

Jika kita tidak habiskan masa untuk kerja-kerja agama. Ia akan habis juga tapi di tempat lain..

Harta jika tak guna untuk dakwah, ia habis juga tapi ditempat lain..

Diri jika tak mati di jalan Allah..kita akan mati juga tapi di tempat lain..

Ya Allah terimalah diriku, isteri, anak-anak, mak ayah, adik beradik, keturunan zuriat sampai kiamat hidupkan dakwah ini-ebit lew

#www.keluargasunnah.com

No comments:

Post a Comment