Friday, 6 May 2016

Lelaki dan HP

Semasa  berjalan di pasaraya sebak bila tengok sepasang suami isteri bawa anak. Isteri tolak troli. Beli barang hampir penuh troli. Bawa anak-anak 3 orang berlari sana sini. Suami boleh sibuk dengan hp jer. Tengok hp. Pegang tangan anak sikit-sikit..

Saya perhatikan suami sibuk jer dengan hp..tak peduli isteri dan anak-anak. Tak tolong pun. Tak tengok pun. Berjalan sekali tapi macam takde. Senyum seorang diri. Muka kosong jer..

Waktu lain saya tengok seorang lelaki makan dengan keluarga. Isteri sibuk layan anak-anak kecil makan. Suami sibuk main hp. Sambil suap makanan dalam mulut. Sambil sebelah lagi peganh hp tak berhenti.

Lagi malang saya pernah nampak seorang lelaki bawa kereta sambil tengok hp. Sedangkan ketika itu kereta penuh dengan isteri dan anak-anak...ya Allah...

Saya lihat orang ambil anak di sekolah. Suami main hp. Isteri mengandung perut besar turun dari kereta bawa seorang anak nak ikut dan ambil anak.

Lebih malang bila seorang ketua pemimpin keluarga duduk di rumah bersama keluarga tapi tangan sibuk tengok hp. Dari sampai rumah katalah 8 malam. Tengok hp sampai isteri dan anak-anak tidur...

Sebelum tidur sepatutnya tidurkan anak-anak. Masing tengok hp. Bangun tidur tengok hp. Lupa nak tengok isteri dan anak-anak ada di rumah atau tidak. Hidup atau mati...

Ya Allah...apalah yang telah menimpa kita hari ini. Kita dijadikan dengan tujuan yang lebih besar. Hiduplah dengan cinta. Hidup dengan sedar dan hadirkan rasa bertuhan dalam hati. Merasai kebesaran Allah..

Pandang isteri dengan kata ya Allah cantiknya ciptaanMu. Indahnya bidadariku kurniaanMu. Sejuk hati dan pegang tangan mereka erat dan kata wahai bidadariku, terima kaseh sudi menjadi penyejuk hatiku..pelengkap hidupku. Teman perjalanan setiap hari sampai ke syurga..

Bersama dukung anak-anak dengan rasa sayang. Peluk cium mereka..

Ajar Al-Quran dan Hadis Nabi saw dalam rumah. Umar ra boleh kejut keluarga setiap malam tahajud. Bagi tazkirah dalam keluarga.

Menghargai keluarga. Hidup dengan cinta dan perasaan. Bukan nak jadi terlalu wara. Cuma cukup jadi orang peka dan hidup dengan perasaan.

Bila kita hilang rasa sayang dan tanggungjawab pada keluarga,Allah tarik rasa bahagia dalam hati. Kita berjalan, makan minum, berkeluarga tapi seperti orang mati. Tiada lagi rasa tenang dan bahagia. Orang berzikir ialah orang yang sedar. Hidup dengan cinta dan perasaan

Kredit : Ustaz Ebit Lew

No comments:

Post a Comment