Saturday, 21 October 2017

Mencari Semangat Untuk Bangkit Dengan Semangat Yang Baru

Assalamualaikum..
Dah lama sangat rasanya tak jenguk blog saya. Ingin saya kongsikan pahit getir dalam dunia perniagaan yang saya dan suami lalui. Sebelum kawin lagi kami memeng minat berniaga. Minat saya betul wujud selepas saya tamat pengajian. Saya mula kerja sebaik saja tamat latihan praktial di AADK tumpat. Saya dapat kerja sebagai kerani disebuat kilang dekat nga rumah mak ayah saya. dari situ bakat saya dan keinginan berniaga dah ada cuma kena asah lagi. Dalam masa kerja saya dapat berbisnes walaupun time tu gaji hanya rm500 saya masih boleh menyimpan dan bg mak ayah lagi sebab otak bisnes setiap peluang yg ada saya ambil. walaupun keuntungan tak banyak Alhamdulillah berkat kesungguhan dan rajin. Eh lupa nak bgatau wat bisnes ape, saya jual lampin baby jea. Bila simpanan dah banyak saya mula jinakkan diri dengan emas. Saya suka kumpul emas walaupun tak suka pakai. Bermula dengan seutas cincin saya gandakan lagi. Saya mula created FB pada tahun 2009 dari situ saya cari prospek ramai2 join group. Banyakkan iklan di group, mulakan branding sendiri bagi orang kenal dan percayakan kita. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semakin ramai yg kenal dan yakin untuk urus niaga dengan saya. Syukur sangat2 Allah mudahkan jalan untuk saya.

Bermulakan semangat baru penghujung 2012 saya cari modal lagi untuk kembangkan lagi bisnes online saya. Saat tu macam saya dan suami cuba asalkan halal dan berhasil. Rezeki Allah nak bagi suami dapat close dael dan dapat inciome sebanyak rm30000 banyak tu.

Saya sambung esok yea. lupa ada keje lain nak kena settlekan dulu. Nanti saya sambung lg yea..

Tuesday, 10 May 2016

Pesanan Suami untuk Isteri dan Anak- anak

Wahai diri dan semua yang bergelar suami pesanlah setiap hari kepada isteri dan anak-anak..

Wahai isteri dan anakku Tiada Tuhan selain Allah..Seluruh kerajaan dunia dan segala makhluk tidak boleh beri kesenangan atau kesusahan selain Allah...Amerika, Russia, Yahudi semua tiada kuasa..Allah Maha Kuasa..Kita ada Allah, kita ada segalanya..Kita orang beriman tak pernah takut, terkesan selain Allah....Allah pemilik semuanya..kita hanya terkesan dengan Allah..
Semua orang boleh buat apa dia nak buat tapi sikit pun tak boleh beri kesan..Kami ada Allah....Kami ada Allah...

Di Karbala Kata Hussain ra, kamu nak takutkan aku dengan kematian, sedangkan dengan kematian inilah aku boleh berjumpa tuhanKu Allah...

Bila Allah bersama kita, kita ada segala-galanya..hilang kasih sayang Allah, hilanglah segalanya...Cukuplah Allah buat kita..hanya itu yang kita dambakan...

Wahai isteri dan anakku, hanya dengan kehidupan Nabi saw yang akan bawa kita berjaya dunia dan akhirat. Selain dari kehidupan Nabi saw walaupun nampak macam berjaya, sikitpun tidak boleh beri kejayaan. Hanya dengan Sunnah Nabi saw kita akan dapat pertolongan Allah..Hidup bukan berdasarkan pandangan atau pengalaman buat kita berjaya. Tapi hanya dengan mengikut Nabi saw dan sahabah...hanya dengan Sunnah..

Wahai isteri dan anakku, solat adalah tanda kita hamba Allah..Dengan jaga solat fardhu awal waktu dengan sempurna dan banyakkan solat tahajud, dhuha, solat sunat membuatkan kita sentiasa dipimpin oleh Allah..Kita dalam jagaan Allah..Allah akan letakkan kasih sayang dan satukan hati orang yang abdikan diri padanya..Perselisihan dan perpecahan dikalangan orang Islam sehingga bermusuh berpunca dari kurang rasa sifat hamba..yakni banyak sujud dengan kerendahan hati jiwa seorang hamba..

Wahai isteri dan anakku belajar ilmu agama. Ilmu ialah Nur..Hidupkan rumah kita dengan suasana madrasah.Belajar dan mengajar Islam..Mulakan dengan bacaan Hadis Nabi saw secara istiqamah setiap malam sampai kita mati..

Sentiasa ingat Allah. Orang yang ingat Allah umpama orang hidup.orang tak ingat Allah macam orang sudah mati..baca Al-Quran setiap hari kerana ia bukan perkataan atau buku biasa. Ia perkataan Allah....

Wahai isteri dan anakku, berakhlak dengan buat baik pada orang buat jahat pada kita. Kita tidak buat baik kerana orang tapi kerana Allah..

Wahai isteri dan anak-anakku jaga aurat kerana kamu begitu mulia dan kaulah permaisuri dalam syurga nanti.

Setiap amal kita niat kerana Allah..Orang ikhlas akan menjadi matahari hidayah buat umat. Hari ini kita bukan kekurangan tenaga, duit, masyhur, kepandaian. tapi kita kurang orang Ikhlas...Jika ada seorang seperti sahabah rhum pada dunia hari, pasti dunia ini berubah.

Wahai isteri dan anakku, Allah hantar kita untuk sambung kerja Nabi saw. Buat dakwah dengan cara Nabi saw dan korban seperti Nabi saw..Untuk itu letak seluruh dunia depan mata kita. Di mana tempat ditimpa musibah kita dakwah, usaha, doakan mereka.. MUSIBAH paling besar ialah manusia meninggalkan Islam dan mati tanpa Islam. Seluruh manusia seluruh alam tanggungjawab kita. Saya bertanggungjawab..

Jika kita tidak habiskan masa untuk kerja-kerja agama. Ia akan habis juga tapi di tempat lain..

Harta jika tak guna untuk dakwah, ia habis juga tapi ditempat lain..

Diri jika tak mati di jalan Allah..kita akan mati juga tapi di tempat lain..

Ya Allah terimalah diriku, isteri, anak-anak, mak ayah, adik beradik, keturunan zuriat sampai kiamat hidupkan dakwah ini-ebit lew

#www.keluargasunnah.com

Mr & Mrs Halal

Sweetnye pasangan ni..

Saya : 'Jom selfie' .
Bidadari saya : 'Selfie ke?.. Segan la.. '
Saya : 'dgn suami sendiri pon segan selfie.. Kita tak nak selfie dgn pompuan lain. Dgn sayang je.'
Bidadari saya : 'ok... Cheese :) '

Elakkan berselfie berdua dgn bukan mahram.
bukan tak mahu berselfie dgn adik-adik, kakak-kakak...
nanti bila berselfie kena rapat-rapatkan muka...
tak manis kan... risau mengundang fitnah. selepas ini kalau terserempak dgn saya. Harap sangat kaum hawa tak ajak saya berselfie :)

Bidadari saya seorang pendiam, suka tunduk muka ke bawah /alihkan muka kalau org pandang dia. Bukan bermakna dia sombong. Dgn saya pon dia malu nak bergambar. Ada peluang bergambar dgn rakan artis lelaki saya pon, tidak mahu ambil. Inikan nak org luar. (Jadi bersangka baiklah). Jgn hukum orang jika kita tak kenal. Dia mmg susah utk didekati.

Senyum selalu
Selalu berlapang dada
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang :)

P/s: masing-masing ada cara menggelar dan menghormati pasangan halalnya. Saya kurang suka panggil isteri saya dgn sebut bini, orang rumah....  Lebih suka dengan menyebut Isteri dan Bidadari.
Hak masing-masing :) . Saya Cina, jadi kalau ada ejaan dan penggunaan yg rasa tak sesuai. Sy minta maaf.

Sila jaga kata-kata. Ayat-ayat yg berbaur hasutan, provokasi, sindir menyindir, memperlekehkan satu sama saling dan makian, saya akan delete demi menjaga ukhwahfillah sesama kita. Kita kan saudara seIslam.

Mr & Mrs Adam Corrie

Menjaga Keharmonian Rumahtangga

Tips menjaga keharmonian rumahtangga
#antara yang kami terapkan. In sha Allah rumahtangga kekal ke jannah

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sunday, 8 May 2016

Hargailah Isterimu

Hargailah isteri yang mengandung, bersalin, menyusukan anak-anak kita, dan setia dan sedia menerima kita sebagai suami dengan cinta..
Seorang suami jumpa saya dan tengah marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus. Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.
Saya kata padanya saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak..Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah...
Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat ibu dan isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka... Selepas itu kena terus menyusukan anak. Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan , semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit..
Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan..itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya..
Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita...menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan..
Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka atau jika tiada kita sama-sama membantu kerja rumah. Isteri kita kekasih hati. Bukan orang gaji kita..ya Allah..tiada pekerja boleh buat semua kerja satu masa melainkan seorang isteri. Seorang ibu.. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam..
Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.
Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takperlah kuran
g sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya. Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya..
Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz...
Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw
Tulisan: Ust. Ebit Lew

https://www.youtube.com/watch?v=Lz39qpNg41w

Saturday, 7 May 2016

Pandangan mata takkan menipu.
Klu mulut mungkin menipu. Sbb tu selepas kematian mulut kita tidak akan berbicara. Hanya anggota badan yg lain akan berbicara sebenar2nya.