Wahai diri dan semua yang bergelar suami pesanlah setiap hari kepada isteri dan anak-anak..
Wahai isteri dan anakku Tiada Tuhan selain Allah..Seluruh kerajaan dunia dan segala makhluk tidak boleh beri kesenangan atau kesusahan selain Allah...Amerika, Russia, Yahudi semua tiada kuasa..Allah Maha Kuasa..Kita ada Allah, kita ada segalanya..Kita orang beriman tak pernah takut, terkesan selain Allah....Allah pemilik semuanya..kita hanya terkesan dengan Allah..
Semua orang boleh buat apa dia nak buat tapi sikit pun tak boleh beri kesan..Kami ada Allah....Kami ada Allah...
Di Karbala Kata Hussain ra, kamu nak takutkan aku dengan kematian, sedangkan dengan kematian inilah aku boleh berjumpa tuhanKu Allah...
Bila Allah bersama kita, kita ada segala-galanya..hilang kasih sayang Allah, hilanglah segalanya...Cukuplah Allah buat kita..hanya itu yang kita dambakan...
Wahai isteri dan anakku, hanya dengan kehidupan Nabi saw yang akan bawa kita berjaya dunia dan akhirat. Selain dari kehidupan Nabi saw walaupun nampak macam berjaya, sikitpun tidak boleh beri kejayaan. Hanya dengan Sunnah Nabi saw kita akan dapat pertolongan Allah..Hidup bukan berdasarkan pandangan atau pengalaman buat kita berjaya. Tapi hanya dengan mengikut Nabi saw dan sahabah...hanya dengan Sunnah..
Wahai isteri dan anakku, solat adalah tanda kita hamba Allah..Dengan jaga solat fardhu awal waktu dengan sempurna dan banyakkan solat tahajud, dhuha, solat sunat membuatkan kita sentiasa dipimpin oleh Allah..Kita dalam jagaan Allah..Allah akan letakkan kasih sayang dan satukan hati orang yang abdikan diri padanya..Perselisihan dan perpecahan dikalangan orang Islam sehingga bermusuh berpunca dari kurang rasa sifat hamba..yakni banyak sujud dengan kerendahan hati jiwa seorang hamba..
Wahai isteri dan anakku belajar ilmu agama. Ilmu ialah Nur..Hidupkan rumah kita dengan suasana madrasah.Belajar dan mengajar Islam..Mulakan dengan bacaan Hadis Nabi saw secara istiqamah setiap malam sampai kita mati..
Sentiasa ingat Allah. Orang yang ingat Allah umpama orang hidup.orang tak ingat Allah macam orang sudah mati..baca Al-Quran setiap hari kerana ia bukan perkataan atau buku biasa. Ia perkataan Allah....
Wahai isteri dan anakku, berakhlak dengan buat baik pada orang buat jahat pada kita. Kita tidak buat baik kerana orang tapi kerana Allah..
Wahai isteri dan anak-anakku jaga aurat kerana kamu begitu mulia dan kaulah permaisuri dalam syurga nanti.
Setiap amal kita niat kerana Allah..Orang ikhlas akan menjadi matahari hidayah buat umat. Hari ini kita bukan kekurangan tenaga, duit, masyhur, kepandaian. tapi kita kurang orang Ikhlas...Jika ada seorang seperti sahabah rhum pada dunia hari, pasti dunia ini berubah.
Wahai isteri dan anakku, Allah hantar kita untuk sambung kerja Nabi saw. Buat dakwah dengan cara Nabi saw dan korban seperti Nabi saw..Untuk itu letak seluruh dunia depan mata kita. Di mana tempat ditimpa musibah kita dakwah, usaha, doakan mereka.. MUSIBAH paling besar ialah manusia meninggalkan Islam dan mati tanpa Islam. Seluruh manusia seluruh alam tanggungjawab kita. Saya bertanggungjawab..
Jika kita tidak habiskan masa untuk kerja-kerja agama. Ia akan habis juga tapi di tempat lain..
Harta jika tak guna untuk dakwah, ia habis juga tapi ditempat lain..
Diri jika tak mati di jalan Allah..kita akan mati juga tapi di tempat lain..
Ya Allah terimalah diriku, isteri, anak-anak, mak ayah, adik beradik, keturunan zuriat sampai kiamat hidupkan dakwah ini-ebit lew
#www.keluargasunnah.com
Tuesday, 10 May 2016
Mr & Mrs Halal
Sweetnye pasangan ni..
Saya : 'Jom selfie' .
Bidadari saya : 'Selfie ke?.. Segan la.. '
Saya : 'dgn suami sendiri pon segan selfie.. Kita tak nak selfie dgn pompuan lain. Dgn sayang je.'
Bidadari saya : 'ok... Cheese :) '
Elakkan berselfie berdua dgn bukan mahram.
bukan tak mahu berselfie dgn adik-adik, kakak-kakak...
nanti bila berselfie kena rapat-rapatkan muka...
tak manis kan... risau mengundang fitnah. selepas ini kalau terserempak dgn saya. Harap sangat kaum hawa tak ajak saya berselfie :)
Bidadari saya seorang pendiam, suka tunduk muka ke bawah /alihkan muka kalau org pandang dia. Bukan bermakna dia sombong. Dgn saya pon dia malu nak bergambar. Ada peluang bergambar dgn rakan artis lelaki saya pon, tidak mahu ambil. Inikan nak org luar. (Jadi bersangka baiklah). Jgn hukum orang jika kita tak kenal. Dia mmg susah utk didekati.
Senyum selalu
Selalu berlapang dada
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang :)
P/s: masing-masing ada cara menggelar dan menghormati pasangan halalnya. Saya kurang suka panggil isteri saya dgn sebut bini, orang rumah.... Lebih suka dengan menyebut Isteri dan Bidadari.
Hak masing-masing :) . Saya Cina, jadi kalau ada ejaan dan penggunaan yg rasa tak sesuai. Sy minta maaf.
Sila jaga kata-kata. Ayat-ayat yg berbaur hasutan, provokasi, sindir menyindir, memperlekehkan satu sama saling dan makian, saya akan delete demi menjaga ukhwahfillah sesama kita. Kita kan saudara seIslam.
Mr & Mrs Adam Corrie

Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Tips menjaga keharmonian rumahtangga
#antara yang kami terapkan. In sha Allah rumahtangga kekal ke jannah
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sunday, 8 May 2016
Hargailah Isterimu
Hargailah isteri yang mengandung, bersalin, menyusukan anak-anak kita, dan setia dan sedia menerima kita sebagai suami dengan cinta..
Seorang suami jumpa saya dan tengah marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus. Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.
Saya kata padanya saya lihat seorang ibu di hospital buat fisioterapi kerana tangan dan bahunya sakit dan ada masalah kerana lama dukung anak..Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah...
Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat ibu dan isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka... Selepas itu kena terus menyusukan anak. Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kesakitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan , semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit..
Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan..itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya..
Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita...menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan..
Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu atau carikan pembantu rumah buat mereka atau jika tiada kita sama-sama membantu kerja rumah. Isteri kita kekasih hati. Bukan orang gaji kita..ya Allah..tiada pekerja boleh buat semua kerja satu masa melainkan seorang isteri. Seorang ibu.. Ini rumah dan keluarga kita. Bersma-sama membantu. Itulah Islam..
Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.
Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takperlah kuran
g sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya. Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya..

Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz...
Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw
Tulisan: Ust. Ebit Lew
Saturday, 7 May 2016
Friday, 6 May 2016
Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur nikmat rezeki kegembiraan yang berikan kepadaku.
Pagi2 hari lagi buah hati saya kat kampung call.
Rindu sangat dengar suaranya, tp sayu bila bila dengar suara sebaknya.
"Ibu, maaf tak dapat balik cuti minggu lepas"
Bila ibu call mesti tya khabar jugak menantu kesayangan dia, bertuahnya suamiku.

IBU Ratu Hatiku
Ibu..
Aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepadamu
Demi Allah tiada ganti babi tempat untuk orang lain
Dari Alam rahim lagi kau jaga aku dengan penuh susah payah.
Aku tahu bukan senang nak ke hulu ke hilir setiap masa tanpa rasa lelah selama 9bulan dalam rahim.
Dalam susah dan senang dikau sentiasa ada untukku.
Bebalanmu buat aku rindu tanpa noktah.
Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik untukmu beribadat.
Sungguh aku rindu pelukan seorang ibu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
10 Tips Untuk Menjadi Kaya Dengan Rezeki Yang Ada
Pemuda ini kongsikan 10 tips untuk menjadi kaya dengan rezeki yang ada.
Sumber tulisan asal : WM Syamzari
Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh cuba amalkan tips mudah di bawah ni :
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.
3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?
Lelaki dan HP
Semasa berjalan di pasaraya sebak bila tengok sepasang suami isteri bawa anak. Isteri tolak troli. Beli barang hampir penuh troli. Bawa anak-anak 3 orang berlari sana sini. Suami boleh sibuk dengan hp jer. Tengok hp. Pegang tangan anak sikit-sikit..
Saya perhatikan suami sibuk jer dengan hp..tak peduli isteri dan anak-anak. Tak tolong pun. Tak tengok pun. Berjalan sekali tapi macam takde. Senyum seorang diri. Muka kosong jer..
Waktu lain saya tengok seorang lelaki makan dengan keluarga. Isteri sibuk layan anak-anak kecil makan. Suami sibuk main hp. Sambil suap makanan dalam mulut. Sambil sebelah lagi peganh hp tak berhenti.
Lagi malang saya pernah nampak seorang lelaki bawa kereta sambil tengok hp. Sedangkan ketika itu kereta penuh dengan isteri dan anak-anak...ya Allah...
Saya lihat orang ambil anak di sekolah. Suami main hp. Isteri mengandung perut besar turun dari kereta bawa seorang anak nak ikut dan ambil anak.
Lebih malang bila seorang ketua pemimpin keluarga duduk di rumah bersama keluarga tapi tangan sibuk tengok hp. Dari sampai rumah katalah 8 malam. Tengok hp sampai isteri dan anak-anak tidur...
Sebelum tidur sepatutnya tidurkan anak-anak. Masing tengok hp. Bangun tidur tengok hp. Lupa nak tengok isteri dan anak-anak ada di rumah atau tidak. Hidup atau mati...
Ya Allah...apalah yang telah menimpa kita hari ini. Kita dijadikan dengan tujuan yang lebih besar. Hiduplah dengan cinta. Hidup dengan sedar dan hadirkan rasa bertuhan dalam hati. Merasai kebesaran Allah..
Pandang isteri dengan kata ya Allah cantiknya ciptaanMu. Indahnya bidadariku kurniaanMu. Sejuk hati dan pegang tangan mereka erat dan kata wahai bidadariku, terima kaseh sudi menjadi penyejuk hatiku..pelengkap hidupku. Teman perjalanan setiap hari sampai ke syurga..
Bersama dukung anak-anak dengan rasa sayang. Peluk cium mereka..
Ajar Al-Quran dan Hadis Nabi saw dalam rumah. Umar ra boleh kejut keluarga setiap malam tahajud. Bagi tazkirah dalam keluarga.
Menghargai keluarga. Hidup dengan cinta dan perasaan. Bukan nak jadi terlalu wara. Cuma cukup jadi orang peka dan hidup dengan perasaan.
Bila kita hilang rasa sayang dan tanggungjawab pada keluarga,Allah tarik rasa bahagia dalam hati. Kita berjalan, makan minum, berkeluarga tapi seperti orang mati. Tiada lagi rasa tenang dan bahagia. Orang berzikir ialah orang yang sedar. Hidup dengan cinta dan perasaan
Kredit : Ustaz Ebit Lew

Doa Untuk Suami
Doa Buat Suami..
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal Allamin…….

Wednesday, 4 May 2016
Salam Isra' Mikraj 1437H
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ, keluarga serta para sahabat. Salam 27 Rejab 1437H, Salam Isra' Mikraj. Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan, manfaatkan malam Isra' & Mikraj penuh barakah ini, hayati pengajaran, hikmah dan tauladan kisah perjalanan suci baginda Rasulullah ﷺ menuju Sidratul Muntaha.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, selapas 3hari 2malam kami bermusafir hari kami telah sampai KL.
Terima Kasih Ya Allah beri peluang dan ruang untuk kai bermusafir di negeri orang. BEtul la kata-kata orang tua dahulu. Jauh perjalan luas pemandang. Walaupun kekangan masa, kami masih berpeluang untuk kembara musafir mencari entiti diri masing, mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri dan mempelajari sesuatu dalam kehidupan.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih juga buat suami tercinta. Tanpa dia di sisi mungkin tiada kembara musafir. Alhamdulillah suami sentiasa mendorong dan sentiasa ada untuk saya.

Sunday, 1 May 2016
Kembara Musafir
Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari Allah memberi pelaung untuk bermusafir bertemankan suami tercinta.
Allahuakbar!!!
Jauh perjalanan luas pemandangan. Perancangan yg sekian lama saya rancang tapi belum kesempatan sebelum ini. Alhamdulillah denganNYA hari ini kami diberi peluang.
Sebaik perancangan, perancangan Allah juga yg terbaik. Perasaan? Allah jea tahu.
Ok Kami nak meneruskan perjalanan terlebih dahulu. Doakan kami sampai destinasi

Subscribe to:
Comments (Atom)